Coreboot, let me introduce you to the new BIOS thing.. Pengenalan kepada pengganti BIOS

Hi, huhu, hari ni jumpa satu benda yang sgt2 interesting.. iaitu CoreBoot, OpenBIOS dan EFI hasil daripada curiousity tentang satu keyword yang menarik dari windows disk management menu iaitu GPT Disk.
Awalnya, sesudah setup dan pasang 500 Gigabytes X 2 = 1 Terabytes Hard Disk dalam mode RAID 0 (zero), Windows Disk management minta untuk setup Disk tersebut mengikut tetapan yang di beri pilihan seperti berikut:
- MBR Disk
- Dynamic Disk
- GPT Disk
MBR bermaksud “master boot record” iaitu satu cara organisasi data di dalam setiap sektor mengikut cluster di dalam piring hard disk. Sama juga dengan Dynamic Disk dan GPT Disk, tetapi setiap dari jenis disk tersebut mempunyai limitasi dan kelebihan tersendiri.
Setakat dari pembacaan sy dan percubaan yang dibuat, berikut adalah limitasi dan kelebihan bagi jenis disk-disk berikut
Limitasi disk berikut
- MBR – hanya 4 partition sistem di benarkan. Manakala selebihnya perlu dilakukan melalui partition yang dinamakan “extended partition”. Size partition yang tetap dan sukar diubah. Kekurangan ruang yang khas bagi menyimpan partition table yang seharusnya ‘protected’ dari data biasa yang boleh menyebabkan partition table senang rosak (corrupt).
- Dynamic Disk – Kekurangan support dari OS selain dari Windows XP (dan Windows selepasnya). Tidak boleh install Linux dan Mac OS pada partition ini.
- GPT Disk – hanya boleh digunakan bagi motherboard yang menggunakan Expendable BIOS replacement yakni EFI atau UEFI firmware. Tidak boleh bootup atau install Windows XP, 2000, NT, dan seterusnya melainkan Windows Vista SP1, Server 2008 dan Windows 7 (dan lain2 versi Linux atau Unix atau Mac OS yang akan support Disk jenis ini pada masa depan).
Kelebihan disk berikut
- MBR – Boleh digunakan dan di-’regconize’ oleh kebanyakan OS termasuk Linux, Unix, Mac dan Windows.
- Dynamic Disk – Boleh dibesarkan saiz partition atau dikecilkan pada bila2 masa.
- GPT Disk – Juga sama seperti Dynamic Disk tetapi ianya mempunyai kelebihan dari segi partition table yang lebih khusus dan protected dan juga MBR rekod yang protected serta ianya satu standard yang lebih universal berbanding Dynamic Disk (bermaksud OS lain lebih mudah mengadaptasi dan mengenali GPT Disk). Bilangan partition yang tidak terhad (pun begitu, Windows menghadkan partition bagi setiap disk kepada 128 berbanding hanya 28 bagi MBR disk.
Untuk maklumat lanjut mengenai GPT Disk baca di sini:
- http://www.microsoft.com/whdc/system/platform/64bit/64bitsystems.mspx#ESG
- http://www.microsoft.com/whdc/device/storage/GPT_FAQ.mspx
- http://forums.techarena.in/vista-setup-install/1010641.htm
- http://www.itworld.com/nlswindows070220
- http://www.neowin.net/forum/index.php?showtopic=721560
Ok. Cerita pasal CoreBoot lak.. Coreboot adalah inisiatif Open Source komuniti untuk menggantikan BIOS kepada satu standard boot-loader/firmware yang lebih universal, configurable, stable dan lebih extensible. Yang bermaksud, BIOS tidak akan digunakan lagi sebaliknya Coreboot akan mengambil alih fungsi bios dengan memberi lebih banyak functionaliti dan extensibiliti yang lebih berguna kepada vendor atau pengeluar hardware serta kesan kebaikannya terus kepada pengguna(!) Kesan paling ketara bagi pengguna biasa adalah masa untuk bootup lebih cepat dan pantas serta masa bootup lebih informative. Coreboot pada asalnya dikenali sebagai LinuxBoot. Buat masa ini, coreboot yang terbaru adalah versi 3.x (namun masih lagi dalam peringkat alpha) . Musuh yang paling utama bagi coreboot adalah EFI (Entensible Firmware Interface).
Bagi maklumat mengenai EFI, sila rujuk disini: http://en.wikipedia.org/wiki/Extensible_Firmware_Interface
Dan bagi maklumat yang lebih lanjut mengenai coreboot, rujuk disini: http://en.wikipedia.org/wiki/Coreboot atau http://www.coreboot.org/
Sudah untuk pengenalan ringkas mengenai coreboot sekadar yang sy faham. Berikut adalah video dari google tech talk yang mengulas dengan lebih detail mengenai coreboot, dari asal sejarah coreboot, preview bagi coreboot dan juga tutorial mengenai fungsinya sehingga versi perbandingan coreboot berbanding BIOS dan standard firmware yang lain.











