| Mobile | RSS

AMD secara rasminya melancarkan AMD Phenom II X4 codename ’shanghai’, edisi 920 dan 940 BE (3Ghz!)

January 8th, 2009 | No Comments | Posted in Review Geeks
amd-phenom-ii

amd-phenom-ii

Akhirnya secara rasmi AMD melancarkan AMD Phenom II X4 siri 920 dan 940 BE (Black Edition) yang masing2 mempunyai actual clock speed (masa kelajuan sebenar) 2.8Ghz dan 3.0Ghz pada pameran CES (Consumer Electronic Show).

AMD Phenom II X4 pasti dinanti2kan oleh para peminat AMD yang telah lama menantikan satu processor yang benar2 berkuasa bagi ‘overclocking’ dan memenangi dari segi price / performance. Satu fakta yang menarik juga, AMD Phenom II X4 adalah ‘back-ward-compatible’ dengan soket AM2+ (bermaksud pengguna tidak perlu menukar motherboard untuk menggunakan kuasa penuh AMD Phenom II X4 ini!).

AMD Phenom II adalah siri processor yang dipertaruhkan oleh AMD bagi memberi saingan kepada siri Intel Quad Core dan iCore7. Walaupun iCore7 adalah pemenang bagi processor yang unggul dari segi ‘performance’, tapi dengan harga yang mahal dan memerlukan pengguna menukar ‘motherboard’ dari siri soket 775 memerlukan pengguna mempertaruhkan wang yang banyak. Dan jangan lupa, Intel iCore 7 juga memerlukan ram DDR3 yang masih lagi mahal berbanding DDR2.

pcmark dari http://www.techspot.com/

pcmark dari http://www.techspot.com/

AMD Phenom II X4 940 BE (Black Edition) adalah siri unlocked multiplier (bermaksud, pekali bagi processor ini tidak dikunci) – terbaik bagi penggemar teknik ‘overclocking’. AMD Phenom II juga mempunyai sedikit peningkatan kepada jumlah Cache L3 sebanyak 6MB (Jumlah Cache ialah 8.512MB; L1 + L2 + L3 cache). Processor ini menyokong DDR2 1066 disamping siri DDR2 800 dan terdahulu. Arkitekture pemprosesan SOI bagi siri ’shanghai’ ini mengguna proses 45nm (lebih kecil dari siri sebelumnya 65nm), menyebabkan ‘haba’ yang dijana dari processor ini semasa full-load (penggunaan sepenuhnya) lebih baik dari sebelumnya, dan dikira sebagai 125W (TDP) .. (AMD Phenom X4 9950 – siri sebelum ini adalah 145W-TDP).

Bacaan lanjut mengenainya boleh di ikuti dari link di bawah:

http://news.softpedia.com/news/AMD-Launches-Phenom-II-X4-940-and-920-101440.shtml,

http://www.product-reviews.net/2009/01/08/amd-phenom-ii-cpu-review/,

http://www.techspot.com/news/33112-AMD-Phenom-II-X4-940–920-review–TechSpot.html,

http://www.tomshardware.com/reviews/phenom-ii-940,2114.html

http://www.techspot.com/review/137-amd-phenom2-x4-940-920/page5.html

HP Dv2 ; gambaran dari www.hexus.net

HP Dv2 ; gambaran dari www.hexus.net

Pada CES (consumer electronics show), AMD juga memperkenalkan AMD codename Yukon bagi kegunaan netbook (siri notebook yang lebih kecil dan ringan) dan slim notebook. HP adalah antara pengeluar pertama yang memperkenalkan siri model slim notebook dan netbook yang menggunakan AMD yukon. Bacaan lebih lanjut boleh didapati dari link dibawah:

http://www.hexus.net/content/item.php?item=16782

;-) 2009, promising perkomputeran 64-bit yang lebih baik.

Leave a Reply 694 views, 1 so far today |
Tags: , ,

Leave a Reply

ZWISCHEN GUT UND BÖSE !EINE HEILIGE FAMILIE ?NETZWERKE !NAH-OST-KONFLIKT !Discrimination in Access to Water in OPTDiscrimination in Access to Water in OPTDiscrimination in Access to Water in OPTDiscrimination in Access to Water in OPTDiscrimination in Access to Water in OPTDiscrimination in Access to Water in OPT