| Mobile | RSS

Processor AMD: yang terkini dan akan datang 2009, benchmark dan review, x2, x3 dan x4

December 16th, 2008 | No Comments | Posted in Review Geeks

Terkini (2008) : In short, 15 Dec 2008, AMD mengeluarkan 2 siri X2 processor siri Athlon yang menggunakan Core processor Phenom (codename: kuma) – AMD x2 siri 7000. Review dan benchmark bagi 2 siri AMD X2 terbaru ( Dec 2008 ) AMD 7750 (black edition) dan 5050e (edisi OEM) boleh di dapati di sini. Harga market bagi processor terbaru AMD X2 7750 berkelajuan 2.7 Ghz dalam aggaran USD $78 (RM 270 ~ atau lebih murah). Edisi terbaru AMD X2 bagi 7750 adalah “Black Edition” yang bermaksud “multiplier” (pekali) processor telah di-unlock (tidak dikunci). AMD x2 7750 masih lagi menggunakan soket AM2+ (berita baik bagi pengguna AMD semasa). Spefikasi bagi AMD X2 7750 seperti berikut:

  • Kelajuan: 2.7GHz  (200×13.5)
  • Memory L1 Cache: 64KB data and 64KB instruction x 2  = 256KB)
  • Memory L2 Cache: 512KB x 2 = 1MB
  • Memory L3 Cache: 2MB (dikongsi)
  • Fab: 65nm
  • Socket: AM2+
  • Sokongan Memory: hingga DDR2 1,066MHz
  • Core Stepping: B3
  • TDP : 95W (agak baik)
  • Volt: 1.3-1.35 Volts

Apa yang menarik adalah kemampuan untuk Overclock (melepasi had kelajuan tetapan asal) bagi processor terbaru ni, dari 2.7 Ghz kepada 3.3 Ghz dengan menggunakan air-cooling (penyejuk biasa-telah terbukti) dengan mengubah nilai tetapan FSB (front side bus) dan multiplier (pekali processor) on-the-fly. Berikut adalah screen shoot yang diambil dari legit-review.

Tetapan Overclock

Tetapan Overclock

Tetapan Asal

Tetapan Asal

Artikel sepenuhnya boleh di baca di sini : http://www.legitreviews.com/article/850/15/

3dmark06_cpu - dari Legit Review

3dmark06_cpu - dari Legit Review

Akan datang: January 2009, AMD akan mengeluarkan AMD Phenom II (codename: deneb) yang berkelajuan mencecah 3.0 Ghz (kelajuan tetapan asal) bagi siri yang menggantikan AMD Phenom (codename: barcelona). Siri AMD Phenom II ini akan muncul dalam 2 platform yang menyokong soket AM2+ dan AM3. Soket AM3 mempunyai kelebihan bagi sokongan DDR3 dan sokongan chipset terkini dari AMD yang mempunyai chip grafik siri ATI 4000 didalam. Apa yang menarik dari Siri Dragon (sebelum ini dalah siri Spider) dengan gabungan chipset 790FX, kemampuan AMD phenom II (codename: deneb) terbukti mempunyai overclockability (atau overclocking room) yang sangat baik. AMD pada pameran sebelum ini menunjukkan kemampuan AMD Phenom II yang tidak tertanding oleh Intel yang melepasi kelajuan 6.3Ghz! 4Ghz boleh dilakukan hanya menggunakan air-cooling!  TDP (Termal design power) juga semakin baik disebabkan AMD menggunakan proses OSI 0.45nm (TDP dijangka 70-80W sahaja). Harga pasaran bagi processor AMD Phenom II bagi fasa pertama adalah dalam anggaran RM 800-900 bagi siri yang lebih rendah, dan RM 900-1,000 bagi siri “black edition”.

far_cry_2 - benchmark

far_cry_2 - benchmark dari http://www.pcgameshardware.com/

Dalam segmen Netbook (komputer mini riba), AMD juga akan mengeluarkan siri processor yang akan memberi saingan kepada Intel Atom dan VIA C7 nano. 2009 menjanjikan peluang untuk melihat kemampuan AMD yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya (especially sejak CEO AMD telah digantikan dengan CEO yang lebih memberi focus pada segmen mainstream dan desktop – Dirk Meyer, berbanding sebelumnya, Hector Ruiz – focus pada server platform).

Bagi yang memerlukan upgrade secepat mungkin, AMD X2 Phenom (codename kuma) adalah pilihan terbaik. Bagi yang masih boleh bersabar untuk upgrade, tahun 2009 menjanjikan sesuatu yang lebih baik dari tahun sebelumnya, huhu, so better banyak2 bersabar ;-)

Rujukan:

Leave a Reply 1079 views, 1 so far today |

Leave a Reply

ZWISCHEN GUT UND BÖSE !EINE HEILIGE FAMILIE ?NETZWERKE !NAH-OST-KONFLIKT !Discrimination in Access to Water in OPTDiscrimination in Access to Water in OPTDiscrimination in Access to Water in OPTDiscrimination in Access to Water in OPTDiscrimination in Access to Water in OPTDiscrimination in Access to Water in OPT