| Mobile | RSS

Masalah streamyx slow / lambat – Punca dan cara settlekannya..

November 30th, 2008 | 20 Comments | Posted in Live Project, Review Geeks

Slow internet kat rumah. A bit notes as reminder for my self. Troubleshooting tips included. Antara punca yg biasa mengakibatkan streamyx menjadi slow (slow sikit atau banyak) dari end point di rumah seperti di bawah:

  1. Line telefon ada noise (bunyi bising yang tak sepatutnya ada – sangat biasa terjadi)
  2. Modem semakin panas (modem / router modem)
  3. Collision paket yang terlalu banyak (masalah pd roter / switch “dan atau” pc)
  4. PC – NIC (kad network) yang problematic.
Untuk kesan masalah2 tadi tak susah. Sebelum telefon “100″ bagi membuat aduan masalah internet, pin-point masalah yang betul2 terjadi penting, supaya masalah mudah utk diselesaikan samada oleh anda atau technician TM nnti.
**Sebelum cuba troubleshoot (mengesan masalah), pc yang digunakan sebolehnya fresh installation windows dan tiada applikasi 3rd party (yakni aplikasi tambahan) kedalam windows, untuk isolate (mengasingkan) masalah hardware dan software dari proses troubleshoot ini. Tetapi, klau streamyx tiba2 menjadi lambat2, berbanding hari sebelumnya, tak perlu untuk fresh windows installation.
Line fone yg ada noise (bunyi bising)
  • off pc, dan angkat fone, cuba call 103 dan ckp dengan operator ape-ape saja.. ambil masa 1 min, beri perhatian pada bunyi fone, klau ada “buzzing”, means, masalah line fone ada noise.
  • d-link-atm-statistic-error-streamyx

    d-link-atm-statistic-error-streamyx

    on pc, dan masuk ke menu router (192.168.1.x – x: bergantung pada jenis/ip router), check statistik untuk adsl / atm, lihat transmite “tx” dan receive ”rx” error counts. Sepatutnya column ini tidak mempunyai error counts seperti disebelah (jika ada error counts untuk “tx” atau “rx”, line fone juga bermasalah yang melambatkan talian broadband). Jika diperhatikan dengan betul, dari semasa ke semasa, error counts ini akan meningkat, keep increasing sampai talian streamyx (ter/di)putus.

  • Dah confirm masalah line? call “100″, pilih menu bagi “Perkhidmatan internet” dan terus ke “Bantuan Teknikal”. Beri tahu pada “pebantu teknikal streamyx-tm”, masalah “noise” atau “bunyi bising” pada talian telefon dan internet terlalu slow. PENTING: ambil dan simpan salinan nombor report yang diberi! Dalam masa 24 jam, pihak sub-vendor dari TM (telekom malaysia) akan datang dan membuat ujian noise ke atas talian fone anda. Tiada bayaran dikenakan! (biarpun cable terpaksa ditukar, etc, etc). Bantuan teknikal streamyx dan TM adalah 24 jam, dan masa kiraan bagi selesaikan masalah ini dikira saat report pada bahagian teknikal dibuat. Jika dalam 12 jam, tiada technician yang datang ke rumah, call semula “bantuan teknikal” dan semak status report anda, tanya samada technician telah membuat remarks atau belum. Sekiranya belum, jelaskan keadaan streamyx anda adalah sangat mustahak. Itu sahaja.
  • Semasa technician datang ke rumah, make sure masalah internet slow-down di selesaikan dengan membuat verification keatas kelajuan internet. Semak kelajuan internet disini. Sekiranya belum selesai, tanya technician itu kenapa masih terdapat bunyi noise pada talian. Sekiranya noise telah terhapus, mungkin masalah lain juga menyebabkan slow-down streamyx.
Modem (atau router modem) semakin panas.
  • Modem (kebiasaanya router modem yang digunakan oleh semua pelanggang streamyx), menjadi panas disebabkan banyak faktor. 
  • Tutup router-modem dahulu.
  • Setiap alat elektronik atau elektrik sekalipun, kecekapannya akan berkurang sekiranya suhu pada alat semakin bertambah. Overclockers patut tahu prinsip asas ni. 
  • By commonsense, tempat yang tertutup adalah satu faktor yang paling kerap menyebabkan router-modem menjadi panas. So, elakkan meletak router modem di tempat yang tertutup, atau di bawah meja, atau di dalam laci, atau di mana sahaja yang tidak baik pengudaraannya. 
  • Sebaiknya, letak modem-router di tempat yang ada angin berlalu, especially tempat yg sejuk (air-conditioned).
  • Semak statistik router seperti gambar di atas, dan pastikan error counts bagi “tx” dan “rx” berkurangan atau terus menjadi “0″.
Collision paket yang terlalu banyak (masalah pd roter / switch "dan atau" pc)
  • Paket boleh berlanggar atas masalah pada cable cat 5 (cable network) dan juga pada switch / router. 
  • Masuk ke menu router dan akses ke statistik; lihat statistik bagi menu ethernet / LAN, pastikan takda error pada collision (perlanggaran) dan lain2 ralat yang berkaitan ethernet. Jika ada, cuba tukar cable network (cat5) dan gantikan dgn yang baru. Jika masih ada, pasang switch / router tadi di tempat network lain dan semak semula statistik ethernet. Jika masih ada, switch / router tadi kemungkinan mengalami masalah, tukarkan dengan yang baru.
  • port-forward-wag200g-linksys

    port-forward-wag200g-linksys

    Applikasi yang menghantar paket yang banyak perlu di salurkan secara jelas dan betul (destinasi paket) dengan membuka port pada firewall dan set IP yang betul bagi pc yang menggunakan applikasi seperti itu. Cara set yang betul boleh di perolehi disini : www.portforward.com ; pic disebelah adalah contoh bagi forwarding yang betul bagi telnet dan applikasi torrent.

  • Collision paket boleh berlaku disebabkan terlalu banyak paket yang dihantar pada masa yang sama. Applikasi yang menghantar paket yang banyak selalunya adalah aplikasi yang memerlukan download (downstream) dan upload (upstream) yang besar, seperti torrent dan p2p. Tutup applikasi seperti ini dan cuba troubleshoot semula collision paket error. 
PC - NIC (kad network) yang problematic.
  • NIC (kad network) – klau kesemua masalah diatas telah diselesaikan tapi masih lagi talian broadband slow / lambat, menukar NIC (yg murah) adalah lastresort (perkara terakhir). Kebiasaannya, NIC yang rosak hanya mempunyai dua condition yakni, boleh mengesan cat 5 (kabel network) atau tidak boleh mengesan cat 5. Lampu pada NIC adalah petanda menunjukkan sebarang aktiviti menghantar dan terima paket dari kabel cat 5, dan juga petanda cat 5 berjaya di kesan sekiranya lampu itu menyala secara statik atau blinking (berkelip) dan tidak padam lama.
Ambil perhatian.., tutorial troubleshooting ni hanyalah untuk mengesan masalah streamyx slow / lambat dari end-point di rumah, bukan bagi masalah yang terjadi pada end-point di switch / port TM / Streamyx. 
Leave a Reply 4955 views, 3 so far today |
Tags: ,
Follow Discussion

20 Responses to “Masalah streamyx slow / lambat – Punca dan cara settlekannya..”

  1. abu wafi Says:

    I ada masalah streamyx dah 3 minggu tak boleh nak connect, semua line ok. Dah ngadu pada Bahagian Teknikal Streamyx dah macam2 alasan di bagi. Kedian selepas 3minggu berlalu, makan teknisian pun datang rumah cek sana sini, tukar modem etc kata dia X problem on the talian, modem ok, conection ok but still tak boleh connect Intenetnya. So dia kata oooo “PC ente mungkin ada virus”.. so nak tanya betol ka alasan VIRUS ada dalam PC maka Streamyx tak boleh guna.But bila kita guna LapTop (yang ok pakai wifi, pakai streamyx ok, hotel ok cucuk saja on) tak boleh pakai jugak. Dia kata connection kat luar etc tak ada masalah. So apa cadangan sedara2.

    Thanks In Advance

  2. Switch Says:

    pertama sekali; jawapan kepada soalan abu wafi; adalah ‘ya’, virus juga boleh menyebabkan gangguan internet secara programming (pengekodan) yang di cipta oleh pembuat virus tersebut. Contoh paling jelas, virus ‘kavo’ atau ‘kava’ akan menyebabkan internet explorer memaparkan ‘blank page’ (page kosong) setiap kali internet explorer di-run, dan menyebabkan kebanyakan user menganggap ia adalah masalah line internet.

    Mengenal pasti masalah virus atau bukan, sangat mudah, cuba masuk ke talian internet melalui komputer lain yang tidak ada masalah untuk memasuki line internet melalui modem / router di tempat lain. (contohnya, pinjam komputer laptop cik A yang diguna di pejabat yang tiada masalah talian internet). Pasang komputer tersebut di tempat yang bermasalah dan cuba sambung ke internet semula. Jika boleh dapat sambungan dari komputer A, bermaksud komputer sebelumnya adalah bermasalah. Jika sebaliknya, bermaksud gangguan internet adalah berpunca dari faktor lain (bukan komputer).

    **Artikel di atas adalah panduan mengenal pasti masalah streamyx (internet) yang berkaitan dengan masalah hardware, bukan software.

    Thanks for commenting anyway ;-)

  3. abu wafi Says:

    Thanks a lot Sdr Switch.

  4. syah Says:

    salam.. nk tnye …nape bile check speedtest , doenload speed 380kbs, tp bile donlod pakai idm download speed 0/2.3kbs??
    cm xlogik je…sbb pc ke??

  5. xSwitcheRx Says:

    Wksalam syah.. :) thanks for commenting. Rating download speed dari speedtest menunjukkan speedrate dari satu masa yg diambil kira bagi keseluruhan penggunaan bandwitdh yg maximum di tetapkan oleh ISP (cth TMNet) dari point switch TM hingga ke router di rumah. Walaupun cthnya, bandwitdh yg maksimum di langgan adalah 1.5megabits / sec, namun tidak bermakna applikasi downloader seperti IDM, orbitdownloader dan lain2 akan mencecah sehingga 1.5Megabits / sec. Harus di lihat dari segi perbezaan unit kiraan yg agak mengelirukan iaitu bits dan bytes.,

    Cthnya. Sy mendownload satu file dan mendapati download speed adalah 56kbytes / sec (kiraan unit bagi kebanyak program windows).. kiraan dalam bits adalah …

    • 1 byte = 8 bits
    • 56kbytes = 448kbits .. (hampir kepada 512kbits / sec)

    Jadi, download speed bagi pengguna streamyx 512kbits / sec adalah normal untuk mendapat sebanyak 56kbytes / seconds.

    Macam problem syah, mgkin tidak logic untuk IDM mendownload satu file dengan rate 2.3KBytes / sec, mungkin juga logic sekiranya file tersebut sememangnya bermasalah dari segi server yg mempunyai file itu untuk sampai ke pc syah.

    Nasihat sy, cuba guna IDM untuk download file lain dari server lain dan bandingkan dengan file tadi. sekiranya file lain speed rate adalah normal, jadi tidak ada masalah dengan pc anda. sekiranya ianya adalah sebaliknya, pc syah mungkin bermasalah dari segi applikasi. Pastikan tiada unknown background application yang menggunakan resource download terlalu banyak seperti utorrent, ares, dan lain2. pastikan juga di dalam network setempat / yg sama tiada pc lain menggunakan applikasi yang menggunakan resource download / upload terlalu banyak (seperti yang di sebutkan tadi)..

    Gudlak! ;-)

  6. wan Says:

    askom  ,sy nk tnya ni router wireless apa yg bagus?,skrg pada mata sy adalah d-link DIR-615 boleh x surggest,,,saya baru nk daftar internet ni streamyx ,,,then  klu sy beli router sendiri ,klu sy pasang cm mana nak install  ,nk guna x pandai r ,adakah org TM datang utk membantu  saya utk install kn walaupun modem 2 saya bukan beli under TM??? sy x pandai nk seting router ni,tolong selesai kn masalah saya ni??????????????

  7. xSwitcheRx Says:

    Wkslm. d-link Dir-615 pun sudah memadai bagi rangkaian network Wifi 1-20 (dan lebih lg) biji pc.. pemasangan internet cukup mudah dan tidak perlu takut untuk mencuba sebab takkan ada benda yg tiba2 meletup.. dont worry to make mistake, instead, learn from mistake is the best thing to do. bagi wan; 

    Keperluan sambungan internet streamyx
    pengguna baru streamyx, 5 keperluan asas bagi sambungan streamyx adalah;

    1. modem
    2. router / switch (untuk sambungan internet lebih dari satu pc)
    3. pc
    4. cable RJ 11 (cable telefon)
    5. cable RJ 45 (cable network cat 5)
    adakalanya modem dan router fungsi nya di gabungkan sekali dalam satu perkakasan (device). seperti kopi 3 dalam 1.. ianya lebih mudah dan agak murah sedikit berbanding jika setiap satu di beli secara berasingan. Dlink DIR 615 adalah berfungsi sebagai router sahaja, jadi wan perlu juga cari satu lagi alat iaitu modem. harga dalam range 70 ~ 90 saja. 
    Pemasangan.
    setiap alat yg di beli akan di sertakan sekali dengan manual pengguna. baca dan ikut arahan pada manual alatan tersebut, pasti boleh. secara asasnya, sambungan yg sering di lakukan adalah seperti berikut; 
    —-   adalah cable RJ11 (cable 4 wayar)
    +++ adalah cable RJ45 (cable 8 wayar)
    Tanpa switch / router  
    —————————
    [ port telefon rumah ]—[ splitter ]—-[ modem ]++++++PC
                                                              |
                                                              ”— RJ11—[ telefon rmh ]
    Dengan switch / router
    —————————-
    Tanpa switch / router
    —————————                                         
    [ port telefon rumah ]—[ splitter ]—[ modem ]++++[ router]+++PC
                                                              |                                                        +
                                                              ”— —[ telefon rmh ]                ++++++PC
    Setting router
    panduan untuk setting router ada dalam blog ini disini – 
    ps; memanggil technician dari TM juga boleh, tapi setahu saya akan dikenakan bayaran servis perkhidmatan sebanyak RM 80… 
    Gudlak! ;-)
                                                                                      
  8. Anonymous Says:

    boot manager osl2000 tu apa? kenapa laptop saya tidak mendafatar boot manager tu? boleh buang tak boot manger osl2000 tu?

  9. xSwitcheRx Says:

    untuk info ttg bootmanager osl2000, lawat laman ini : http://www.osloader.com/
    untuk membuang bootmanager tu, make sure CD windows xp / vista di sediakan untuk memperbaiki (overwrite) MBR hard disk semula .. MBR = master boot record. klau tak nnti bootloader untuk windows tidak dapat berjalan (bermaksud tidak boleh boot ke windows / OS(s) lain.. Gudlak! :)

  10. Anonymous Says:

    hello…askum…nak tanya kenapa loading page speedtest lambat??sedangkan page lain ok

  11. pocahontas Says:

    betul apa yang xswitch cakap. customer firstly patut check all simptom dulu before call 100.sebab kadang-kadang problem simple je macam splitter longgar and so on tapi bila call 100 nak buat report ia akan memakan masa semasa menunggu operator angkat call sebab kerosakan banyak.so saya suggestkan kalau boleh check all dulu, kalau tak boleh jugak baru call 100.untuk jimatkan masa technician dari ke rumah customer untuk ketatkan splitter sahaja.customer juga patut lebih memahami dan jangan cepat marah-marah sekiranya technician lambat nak repair customer punya problem.macam problem slow connection tu biasanya memang virus punya pasal yang akan melambatkan kita nak browse mana-mana web site.advise to always update anti virus selalu.

  12. xSwitcheRx Says:

    Pocahontas: selain dari update antivirus.. satu solid solutions untuk internet yg laju dan stable (dari segi software based solutions), gunalah Linux Operating System. ;)

  13. bujang Says:

    salam bro.. posting yg bagus… nak tanya skit.. gua guna streamyx. just pakage 384kbps jer. masalahnya sebelum ni ok jer.. download speed sampai 400 lebih. Tp minggu lepas ada masalah mendatang. gua punya internet jadi lembab dgn tiba2. dan gua sure bukan masalah cable atau virus. gua pun call 100. report problem. so technician dia org datang. check dan kata ada masalah dgn download speed gua. dia kata x sepatutnya gua 400 lebih untuk download speed, sbb dia kata tu just untuk 2m punya bkn utk 384 kb. so dgn x rasa bersalah dia call TM HQ suruh downgradekan gua punya download speed. la ni dah tinggal 200 lebih jer.. Perghhh… gua rasa nak mati bila bukak satu2 page tu… x tau la technician tu apa masalah dia.. ni bukan nak lajukan internet gua tp nak terlungkupkan internet gua ada laa.. Gua bengang dan call 100 balik.. so dia org dok pusing macam2.. ni gua dah stat hangin dah ni.. so gua mcm dah malas nak berurusan dgn TM lagi.
    Kat sini gua nak mintak jasabaik lu klau lu boleh tolong. Kot2 lu ada gratis software yg dapat gua gunakan untuk tambahkan speed internet gua. Atau ada apa2 cara lain ke asalkan internet gua ok semula.

    Yang keduanya nak mintak tolong klau tau macamana cara nak tukar internet connection. maksaud gua sebelum ni gua connect internet guna manual. tu hari masa tecnician TM dtg dia tukar kepada auto. so mcmana cara gua nak tukar balik kepada manual.

    TU saja bro… terima kasih jika bisa mambantu.. wassalam.

    p/s: Jika x keberatan, jika ada jawapan dari persoalan saya ni tolong tinggalkan pesanan di shoutbox blog saya. http://rubbertapperz.blogspot.com. Terima Kasih.

  14. ihsan Says:

    Askum… Saya nk tanya, mcm maner nk setting modem jenis SMC7401BRA.. Saya guna streamyx combo yg rm6o sebulan… sila bantu saya ye… postkan pada email saya

  15. acap Says:

    salam

    sy da bli access point wireless..sblum ni sy gna modem n switch 16 port.. cmna nk setting ap wireless 2?

  16. evand Says:

    hello switch. nak tanya, cable telefon kat tiang baru2 ne putus, technician datang tak tukar baru , tapi mereka menyambungkan semula bahagian yang terputus cable tiang  tu semula . So adakah ini boleh menyebabkan masalah atau kesan terhadap kelajuan internet saya ? sebab.. sebelum cable tu kena buat mcm tu, talian stabil ja. Tapi sekarang , i.t speed ne mcm dah kurang , malasalahnya lagi, talian internet di rumah asyik dc dan selalu tak connect langsung. Tambahan pula, kadar masalah ini berlaku ini secara konsisten mengikut masa setiap hari…. contoh, waktu yang paling stabil talian i.t ni kat malam saje, lain2 masa pula , asyik dc. Tanya kat operator cakap, signal yang mereka hantar ok je. Baru2 ne dah tukar modem baru, tapi masalah sama masih berlaku.

  17. mamat Says:

    Bagaimana cara untuk sekat pengguna luar guna wireless kat rumah kita.

  18. busut Says:

    ada software lajukan intrnet ?

  19. nina Says:

    amboi … banyaknya korang tanya cik abang ni kan … hehehe .. anyway tahniah pada yang menjawab pertanyaan, memang best blog ni. setiap korang tanya ada je jawapan yang memang menambahkan ilmu di minda saya . yang kat bawah – bawah tu je lum cik abang ni jawab … agaknya penat layan krenah korang yang minta post kat blog korang .. ada lak yang nak cik abang email lak … tak aci la … saya pun nak baca juga. kan kan kan…

  20. uchiha madara Says:

    salam bro…streamyx saya xde mslh slow…ok laju..transer rate klu dload gune idm pon 100-200kb…tapi mslh ye slalu putus2..knape ek?skjp2 putus…tgh sedap2 dload…putus…biasenyer…saya kene angkat gagang tepon biar 2,3 minit baru ok…tapi bile letak,jadi balik….kadang2 kene snts angkat gagang tepon…baru line ok…knape ek bang?masalah tang mana tuh?

Leave a Reply

ZWISCHEN GUT UND BÖSE !EINE HEILIGE FAMILIE ?NETZWERKE !NAH-OST-KONFLIKT !Discrimination in Access to Water in OPTDiscrimination in Access to Water in OPTDiscrimination in Access to Water in OPTDiscrimination in Access to Water in OPTDiscrimination in Access to Water in OPTDiscrimination in Access to Water in OPT